Thursday, March 4, 2010

Kata Pembenar

Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
Contoh ayat
“Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
“Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.
“Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.

Kata Bilangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan


contohnya
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan tak tentu

beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya

kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya berapa

Jenis Kata Bilangan


contoh

Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.



1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.



1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.



1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.



1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.

Kata bilangan pisahan

1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Kata Keterangan

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.
2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:
(a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)
(b) Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)
2. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.
Contoh
cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,

1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.

2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam

1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.

2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafi bukan, tidak, kecuali

1. Orang itu tidak tinggal di sini.

2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanya mengapa, bagaimana, bila

1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?

2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu

1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.

2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau

1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.

2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali

1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.

2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.

Jenis Kata Keterangan


Penggunaan dan Contohnya
Ayat Contoh

Kata Keterangan Cara


untuk menerangkan cara

Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya


1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.

2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.

Kata Keterangan Bantu


untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan

Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya


1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.

2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.

Kata Keterangan Masa


untuk menerangkan masa

Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya


1. Saya harus pergi sekarang.

2. Encik Gan akan bertolak esok.

Kata Keterangan Tanya


untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab

Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya


1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?

2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

3. Mengapakah ayah lambat pulang?

Kata Keterangan Darjah


untuk menerangkan darjah kata adjektif

Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya


1. Kelakuan budak itu agak ganjil.

2. Sedap betul masakan di restoran itu.

3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

Kata Keterangan Nafi


untuk menafikan atau menyangkal

Contoh: bukan, tak, atau tidak


1. Dia bukan orang kampung itu.

2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.

Kata Keterangan Tak Tentu


untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti

Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya


1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.

2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

kata Keterangan Penegas


untuk menyatakan penegasan

Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.

Kata

Keterangan

Kekerapan
untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya

1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.

Kata Keterangan Umum
untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

Kata Arah

kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Contoh
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar

Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

Tuesday, March 2, 2010

Latihan : awalan pen..

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan perkataan yang sesuai.

1. ___________________ itu sedang menari.
2. Hock Hua seorang murid yang ________________.
3. ________________ itu telah ditangkap.
4. Dia ialah seorang __________________ rojak.
5. Cikgu Fong seorang yang _________________.
6. Pak Mat seorang _______________ beca.
7. Kita perlulah memiliki sikap ___________________ dalam semua hal.
8. _________________ yang sering digunakan oleh ayah ketika memaku telah hilang.
9. ________________ motosikal itu terbunuh di tempat kejadian.
10. Keindahan alam semula jadi adalah daya ____________________ kepada pelancong untuk datang ke Malaysia.

pengayuh , pendiam , penukul , penyayang , penunggang
penarik , pencuri , penari , penyabar , penjual

Latihan: Apitan Ke...an

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

1.Saya __________selepas berlari.
2.Kamu tentu akan mencapai __________yang cemerlang jika rajin berusaha.
3.Ujian itu diadakan untuk menguji __________murid-murid.
4.Peperanganlah yang menyebabkan rakyat negara itu hidup dalam__________.
5.Dia yang melakukan__________,saya pula yang disalahkan.
6.Pejabat pos merupakan salah satu __________awam yang penting

kemiskinan ,kejayaan , kebolehan , kesilapan , kehausan , kemudahan

Latihan : Kata Depan

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1.Kamu boleh jelaskan bil elektrik itu_______pejabat pos juga.

2.Kasut yang diperbuat_______kulit lembu itu mahal harganya.

3.Pelanjong-pelanjong dari negeri China itu tiba_______lapangan Terbang antarabangsa Subang_______pukul 2.00 petang tadi.

4."Mengapa kamu tidak hadir_______sekolah_______hari Jumaat yang lalu?" tanya Cikgu Ong kepada Jumit.

5."Kampung ini akan dimajukan_______masa_______semasa mulai sekarang!" kata wakil rakyat itu kepada penduduk-penduduk di situ.

6.Budak-budak itu sedang berenang_______sungai yang berdekatan dengan rumah mereka.

7.Barang-barang yang dijual oleh Pak Samad di gerainya itu adalah_______cawan,pinggan,bakul dan lain-lain lagi.

8.Encik Tan bekerja kuat_______kepentingan anak-anaknya.

9.Tambang bas_______rumah saya ke rumahnya hanya lima puluh sen sahaja.

10.Beg yang cantik itu diperbuat_______kulit buaya.
di daripada ke seperti
dengan pada demi dari

Al-quran

Search in Quran
Search in Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com

Hadith

Search in Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
Powered by www.GuidedWays.com